Friday, October 16, 2009

Sebab- Sebab Penjara Pudu Ditutup.....

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur pada suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu, pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "BilikTerakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIKTERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan pelbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yanglalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada di antara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran pada waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada di kawasan itu? Oleh kerana ingin tahu,d ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau di dalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yangmengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan engkau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan engkauuu yang punyaaaa " " mannnnnnnnnnnnnbelon yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha HaHa " Yaaaaaaa, mannnnnnnnnnn belon yangpunyaaaaaa ... "
udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........

p/s:-Tahniah kerana minat membaca. Saya pun terkena...so apa salahnya orang lain pun terkena sama ....hahahaha

3 comments:

  1. chehhhh... mana aci bg kt man belon jer..aku pon nak jugak... hehehehe...

    ReplyDelete
  2. betul jugak tu...ko pun dah ade ciri-ciri seperti man belon....

    ReplyDelete

Indahnya alam ini...