Tuesday, October 27, 2009

Badanku kembali segar...

Photobucket

Bersama pegawai dan peserta kontinjen Selangor di Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas Kebangsaan di Megalanes, Endah Parade, Sri Petaling, KL. Berjaya meraih Johan kategori jemputan dan pegawai serta tempat ke-4 kategori lelaki individu.




Photobucket

Bergaya dengan sweater sponsor...seronok dan best dapat melihat aksi murid pendidikan khas menunjukkan bakat yang terpendam.


Photobucket
Diraikan dengan begitu meriah sekali....Kenangan dinner dan Majlis Penutup Kejohanan Tenpin Boling...Makan sodap...yum..yum..

Saturday, October 17, 2009

hobiku...

Photobucket
Ni la hasil kerja masa bulan puasa aritu. Sempat jugak menjahit manik untuk pelanggan pertama
. Idea datang tiba-tiba je nak siapkan manik kat tangan baju ni. Buat yang simple je coz saya budak baru belajar.

Friday, October 16, 2009

Sebab- Sebab Penjara Pudu Ditutup.....

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur pada suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu, pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "BilikTerakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIKTERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan pelbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yanglalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada di antara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran pada waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada di kawasan itu? Oleh kerana ingin tahu,d ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau di dalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yangmengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan engkau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan engkauuu yang punyaaaa " " mannnnnnnnnnnnnbelon yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha HaHa " Yaaaaaaa, mannnnnnnnnnn belon yangpunyaaaaaa ... "
udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........

p/s:-Tahniah kerana minat membaca. Saya pun terkena...so apa salahnya orang lain pun terkena sama ....hahahaha

Suasana belajar di Pendidikan Khas...


Sempat lagi cikgu dan anak muridnya berposing. Posing-posing jugak, kerja yang cikgu bagi tu kenala siapkan. Selamat belajar...

Menyambut Ramadhan di Pendidikan Khas

Photobucket

Ini bukan kek birthday saya. Kami ada buat majlis bacaan Yaasin dan makan-makan sempena menyambut Ramadhan al-Mubarak. Cantik kek ni kan....? Rasanya pun memang sedap...hingga menjilat jari...


Photobucket




Walaupun ini bukan kek birthday saya tapi takpela...sekali-sekala nak jugak tumpang tak sekaki, dua kaki pun jadilah...Terima saya seadanya dalam PPKI ni ye...Hepi sangat-sangat berada di sini.Macam kembali ke alam kanak-kank dulu.He..he..

Terlalu banyak daa!!!

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu banyak ketawa @gembira - merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif ..

16. Terlalu banyak baca artikel di blog - nanti bos marah. Dah ... pegi sambung buat keje tu, jangan nak baca artikel je.wakaka...

Pendidikan Khas....

Photobucket

Salah satu sudut di bilik guru setentang dengan tempat duduk saya. Cuba cari di mana Cikgu Leha...? he..he..he.. Dah jadi CIKGU sekarang.... Inilah insan -insan yang banyak berjasa kepada anak-anak istimewa.

Doa Malaikat Jibril

Assalamualaikum.....
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: *Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
p/s: Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang disengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah. Walaupun dah terlepas bulan Ramadhan tapi takpela.Sekadar untuk ilmu kita .Tahun depan boleh la dipraktikkan yang terbaik dalam bulan Ramadhan.

10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit




1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.


2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.


10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semuaini tidak benar

p/s:Laki-laki yang terbaca artikel ni jangan marah.cuma kita renung-renungkanlah sama ada kita tergolong dalam kategori baik atau sebaliknya.Berlakulah adil pada pasangan masing-masing.Sesungguhnya kaum Hawa itu diciptakan untuk diperlakukan secara lemah-lembut.Itulah pasangan anda dunia akhirat.

pada suatu hari.cikgu amir soal abu

cikgu amir:abu sebutkan 4 haiwan yg tergolong daripada keluarga kucing.

lalu abu menjawab dengan megah

abu:papa kucing ,mama kucing,adik dan kakak kucing cikgu.

cikgu:?????

p/s: bukan senang nak jadi cikgu nih...

Indahnya alam ini...